Wednesday, 2 November 2011

Koleksi teknik Photoshop

 Pengenalan PhotoshopSofware Photoshop adalah suatu program editing
gambar yang dipergunakan untuk membuat, mengolah dan menghasilkan suatu gambar
(image) digital dengan cara tehnik dan meng-efek, sehingga gambar terlihat lain
dari aslinya dan berkualitas tinggi. Dengan Adobe Photoshop kita dapat mendesain
berbagai macam bentuk ilustrasi secara tepat seperti : koran, tabloid, cover
buku, brosur dan lain-lain.







Tuesday, 1 November 2011

~ Koleksi Puisi Klasik Dan Moden Yang Segar Sepanjang Zaman ~

Angin teluk menyisir pantai
Hanyut rumpai di bawah titi
Biarlah buruk kain dipakai
Asal pandai mengambil hati

Pergi mendaki Gunung Daik
Hendak menjerat kancil dan rusa
Bergotong-royong amalan yang baik
Elok diamalkan setiap masa

Air melurut ke tepian mandi
Kembang berseri bunga senduduk
Elok diturut resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk

Daun sirih ulam Cik Da
Makan sekapur lalu mati
Walaupun banyak ilmu di dada
Biar merunduk resmi padi

Buah pelaga makan dikikir
Dibawa orang dari hulu
Sebarang kerja hendak difikir
Supaya jangan mendapat malu

Monday, 31 October 2011

Happy Brithday Faizal Tahir a.k.a Big Boss yg ke 33 tahun ^-^

Pada 26 Oktober 2011, Group WE TRULY LOVE FAIZAL TAHIR FOREVER ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Jadi yang ke-33 tahun. Semoga Faizal Tahir dipanjangkan
umur,menjadi suami & ayah yg superb loving,menjadi penghibur tanah air yang kreatif & berjaya,dan smoga pelancaran Album yg trbaru nnti dapat sambutan yang
hebat...InsyaAllah.....Kami sentiasa menyokong FT
FOREVER!!!! -Rock On!!!!-




Cerita kelakar...^-^hahahaha


sembahyang

pada suatu hari jumaat yang hening amat naik bas ke masjid untuk menunnaikan sembahyang jumaat. mat Amat memberikan seringgit untuk tambang bas pergi dan balik memandangkan Amat dah pon makan tengahari di rumah.adapon,perjalanan ke masjid itu 10 km jauhnya. Amat pon membayar tambang bas 50 sen kepada konduktor yang ensem itu. lalu konduktor tu pun memulangkan baki wangnya dengan duit syiling 50 sen sekeping.Amat pon ambik duit tu simpan dalam kocek baju melayunya. sesampainya di masjid, Amat pon mengambil tempat di saf kedua memandangkan saf pertama sudah pon penuh adanya. setelah azan berkumandang, pak imam pon mengimamkan solat Zohor berjemaah itu. Amat pon menunaikan sembahyang berjemaah itu..semasa para jemaaah rukuk termasuk Amat sekali...tiba2 duit 50 sen nya jatuh dan tergolek betul2 jatuh di bawah telapak tangan orang dihadapannya.. risau bila pikir nak jalan kaki balik rumah di panas2 terik tu..amat pon berbisik kepada orang dihadapannya... Amat: "jangan ambik duit aku tu,aku nak buat tambang balik nanti.." .. lalu orang itupun menjawab.."alah,setakat 50 sen aku x heran la,tader sape nak ambik duit kau tu". lalu orang disebelah Amat pula yang terkejut kerana Amat bercakap di dalam sembahyang pon berkata..." eh, korang nie..dalam sembahyang mana boleh bercakap".. selepas itu,ada seorang yang lain pula bersuara " yang kau bercakap tu aper ".... sahlah..sembahyang mereka telah terbatal hanya kerana 50 sen. MORALNYA : jangan bercakap dalam sembahyang..lupakan hal2 dunia bila mengadap Allah Yang Maha Esa..


Budak kecil, lelaki tua dan cokelat

Seorang lelaki tua sedang berehat di bangku taman bunga. Datang seorang budak kecil duduk disebelah. Si budak mengeluarkan cokelat dari poket lalu menjamahnya. Habis satu, dia mula lagi satu. Dan lagi. Dan lagi. Si tua memerhatikan sekian lama. Apabila budak kecil mula hendak makan cokelat yang ke-10, dia mencelah, "Nak, pakcik nak bagi nasihat sikit" Budak kecil melihat sambil mendiamkan diri. "Kalau makan banyak sangat makanan ringan, tak elok untuk kesihatan dan gigi rosak!" Si budak berkata,"Datuk saya ada nasihat juga." "Dia pun kata jangan makan makanan ringan?" "Tak. Dia kata JANGAN MASUK CAMPUR HAL ORANG LAIN"


Ayaq Dalam Besi, Api Dalam Kaca

Pada satu hari di tahun 60an ada satu perkampungan di Utara Malaya. Kampung ni tak dak bekalan karen dan ayaq. Kat kampung tu tinggailah satu keluarga yg miskin, Awang, dan mak dia, Cik Kiah. Menyedari depa ni miskin Cik Kiah selalu memotivasi anak dia supaya belajaq betui-betui utk masa depan yang lebih vogue dan anggun. Apabila menyedari kemiskinan yang ada dan berkat usaha dan kesabaran, Awang telah berjaya didalam pelajaran. Dengan kelulusan yg ada, Awang telah berjaya dapat keja dengan gomen tapi masalah dia tempat keja dia tu kat Penang. Sayu gak hati dia nak tinggai Cik Kiah sorang sorang. yalah takut gak nanti org tackel mak dia..sapa susah ? dia gak nanti yg susah tak pasai pasai dapat bapak tiri... "Mak, bolehkah Cek pi keja kat Penang tu ?" kata Awang. "Cek risaulah kat mak" sampuknya lagi. "La, kalau kat mak hang nak risau tak payah la, mak tau la nak jaga diri mak. Kalau setakat makan pakai tu bukan mak tak tau nak buat, hang pi lah, utk masa depan hang gak," balas maknya. "Lagipun bukan senang o nak dapat keja dengan gomen, hang carilah satu kampung mana dapat, hang ni kira campian oo" kata maknya bangga. " T. Q mak, Awang janji takkan lupakan mak, kalau free free tu Awang akan bawak mak pi sana" kata Awang janji kat mak dia. Maka dengan perasan sedih Awang pun berangkatlah ke Penang. Di sana gomen dah sediakan tempat tinggai (kuarters) utk dia. Berbeza dengan keadaan di kampung dia, segala infrastruktur yang lengkap memang terdapat kat kuartes dia duduk tu. "Wah selesanya" kata Awang. "Aku musti bawak mak aku mai sini tunjuk sikit kesofisikated tempat ni" bisik Awang. Setelah sebulan di perantauan, Awang pun baliklah ke kampung dia. Balik bercuti la tu. Sampai saja di rumah, mak dia melompat lompat tengok anak dia dengan dressing yang agak moden dan bergaya over (culture shock la ni). Kerinduan Awang dengan mak dia pun terubat setelah depa berjumpak. "Mak, siok la dok kat Penang, macam-macam ada. Mak tau dak kat sana kan ada ayaq dalam besi dan paling canggih ada api dalam kaca" kata Awang mengklentong mak dia. "Apa dia? ayaq dalam besi, api dalam kaca ? Awang oi hang bawak la mak pi tengok teringin sangat mak nak tengok benda-benda takjub macam tu" kata mak dia tergedik-gedik dan sugguh-sungguh. Maka esoknya berangkatlah Cik Kiah dan Awang ke Penang. Seronoknya Cik Kiah tak terkata maklumlah tak pernah ke Penang sebelum ni. Dalam perjalanan macam macam yang ditanya oleh Cik Kiah kat Awang. Sampai temonyeh-monyeh Awang jawab pertanyaan mak dia ni. Sesampai kat rumah tercanggak-cangak Cik Kiah bila dok dalam rumah Awang, ada radio, ada kusyen dll. Woih memang seperti yang pernah di cerita oleh Awang, memang canggih, tak pernah segala kecanggihan tu ada kat kampung depa. Proudla.. Cik Kiah dengan semua benda-benda tu. "Balik nanti bolehlah aku habaq kat semua org kampung" bisiknya. "Eh Awang hang kata nak tunjuk kat mak ayaq dalam besi, api dalam kaca, mana dia ?" bentak Cik Kiah yang sekali lagi tergedik-gedik. " "Ni ha dia api dalam kaca tu" sambil menekan suis lampu dan lampu kalimantang dalam rumah tu pun menyalalah. "Eh baik-baik satni meletup pulak kaca tu" kata Cik Kiah dengan nada yang takut-takut tapi terpesona. "Eh dak aih mana boleh meletup, api ni memang depa design dok dalam kaca, la ni mak tak payah susah-susah pasang pelita bila malam" kata Awang meyakinkan mak dia. Oh kini tanda tanya Cik Kiah ttg api dalam kaca sudah terjawab. "Memang aku nak canang satu kampung nanti dengan penemuan benda ni" kata Cik Kiah dalam hati sambil membayangkan muka jirannya Piah, Timah, Senah dll yang pasti akan terpegun den terkezutt nanti. "Awang oi... tu baru api dalam kaca, ayaq dalam besi mana pulak ?" kata Cik Kiah tak sabaq sabaq. "Tu ha, ayaq dalam besi tu" tunjuk Awang kepada satu kepala paip dalam toilet rumah dia. "Oh ayaq dok dalam besi ni, jadi takyah la mak susah susah cedok ayaq kat telaga noo ??" kata Cik Kiah semakin bangga. Bertambah lagilah modai nak klentong jiran jiran kampung dia nanti. "Eh mak, Cek lapaq la, la ni Cek nak pi kedai sat beli makanan, mak dok sat, sat ni cek balik la", kata Awang. "Tak pa la, pi lah, mak pun nak sembahyang ni" jawab Cik Kiah. Setengah jam kemudian baliklah Awang dengan bekalan makanan. Masuk aja dalam rumah di tengoknya mak dia sedang relex aja. "Ha, mak dah sembahyang ka ?" tanya Awang. "Dah" jawab Cik Kiah. "Ni nak tanya hang satu benda ni, awat telaga kat rumah hang ni kecik sangat? tadi payah betui mak ambik ayaq sembahyang tau ?" tanya Cik Kiah lagi. "Telaga? mana ada telaga dalam rumah macam ni? kat kampung kita ada la" tanya Awang. "Ni apa dia ? bukan ka tu telaga kecik ? cuba hang pebesaq sikit telaga tu taklah payahla mak ka, hang ka, nak ambik ayaq nanti" kata Cik Kiah sambil menunjuk kearah mangkuk tandas dalam toilet rumah Awang. La Usurpadora... Awang seakan akan terpengsan bila mendengar penerangan mak dia. Rupanya dia lupa ajaq mak dia ayaq dalam besi tu kena pulas kepala paip tu dulu taklah mak dia cedok ayaq dalam "telaga kecik tu" uwaaaaaaa. Demikian adanya.Rahsia Menangkap IkanAda seorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut...so crew TV3 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.Crew TV3 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"Nelayan : "Pakcik tenguk cara isteri Pakcik tidur bila pakcik bangun pagi. Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."CrewTV3 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"Nelayan : "Rezeki depan mata, pakcik tak turun kelaut pagi tu..."


Diam Ketika Makan

Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama. Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulatnya!"


Cucu & Atok

"Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?" Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: "Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???" (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: "Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain."
Atuk: "Tak sama apanyerr???"
Cucu: "Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?"
Atuk: "?...?...?...?...?...?"


Biawak

Semasa saya berjalan-jalan di tepi sebuah jalanraya, saya ternampak seekor bangkai ditengah yang sangat busuk dan menjijikkan tetapi ianya mengenakkan! Saya yang masih belum bersarapan dan makan tengahari itu memang sangat lapar dan meleleh air liur saya melihatkan bangkai itu. Jalanraya memang lengang, inilah peluang saya untuk menikmati bangkai kucing yang sedap itu. Saya pun pergilah untuk menjamu selera. Bila saya sampai dekat bangkai tersebut, puhh..bau yang enak serta disulami dengan sayur(ulat) dan kuah(darah) yang pekat. Puhh..makan hotel saya hari ini. Setahun sekali pun susah nak jumpa makanan 5 bintang ni. Ketika saya menikmati makanan enak itu datang seeorang musang yang ingin nak join makanan tersebut. Saya yang lapar tahap maharaja ni sudah tentulah saya tak kasi. Tapi En. Musang tersebut nak jugak. Kami berebut2 tarik menarik bangkai tersebut sehingga bertaburan sayur-sayurnya. Sehinggalah satu ketika ada sesuatu melintasi di belakang kami. Ya! benda itu ialah En. Muhamad Lori. Lalu kami dilanggarnya sehingga kami pun menjadi lauk yang enak dan menyelarakan. "Hmmmm..Lauk ini lazat serta berlemak berkrim, mampu meningkat kekuatan badan dan awet muda!" Kata seorang harimau yang bernama Man Belang. Sememangnya daging biawak macam saya ni lazat sebab selama ni pun saya makan bangkai.


cara Berchating

Bila ada user tanya kat room:"kau orang dengar tak aku on lagu?" jawab:"kau ingat aku pekak ka?" Bila ada yang tanya:"apsal room ni tak meriah eh?" jawab:"ni bilik mayat da, kau nak meriah gie pasar sana" Bila ada yang tanya:"PC aku ni asik hang la,sape leh tolong aku?" jawab:"kau campak je PC kau tu kat sungai"

Jamuan SMK Tasek @t Hotel Summit....Kenangan manis slmanya

Assalamualaikum rakan-rakan Semestaku...dah lma sya x update blog nie..sbuk ngan hal2 sek
maklumlar,dh dekat SPM....Sy ingin brkongsi knangan sy bersma2 ngan kwan msa dijamuan
kat Hotel Summit,penang....Bg sy,jmuan itu adalah yg trakhir buat kmi form 5 thun nie,slepas nie kmi akn mninggalkn SMKTasek & membwa hluan msing2. Dismping itu,pihak sek mngadakan jmuan akhir tahun,brsma mnyambut hari kokurikulm & brsma dgn majlis form 5.
 

     Kmi brtolak agak2 dlm pkul 9.30 pg lbih kurang mcm tuh lar...hehe,semua plajar2 dr form 5,pngawas2 sek,pngawas PSS & PRS. Semua brpakaian formal,segak bergaya & cantek semuanya,trmasuk cikgu2 yg kmi ibaratkn sbagai lilin yg mnerangi gelap...Tiba kmi di sna dlm pkul 10.40 pg,trus kmi semua mndaftar utk mndpatkn tempat duduk & sdikit cenderahati dri pihak sek.
 

     Dimulakan dgn bcaan doa..ucpan dri guru & pnceramah...Suasana d'hotel summit tu...agak mnarik dgn lampu yg brsinar,udara yg segar..& yg pling pnting,mkanan yg dihidngkan agak sedap...byak jgak menu mkanan yg disediakn...Stelah slesai mkan,kmi diberi tgasan spontan dri guru2...kmi dibhagikan 10 kmpulan..
kumpulan kmi yg dianggotai,sy,nabil,nizam,azri,syaril,uzair,nazmi,amir,muzammir...antra prsmbhanan yg prlu diprsmbhakn..nyayian,lkonan spontan dan trian....kmi kna mmbuat prsmbhan lkonan spontan.
Slepas slesai smuanya prsmbhan,ada pula acra pnyampaian hdiah bgi plajar2 yg cmerlang kokurikulum...
acra cbutan brtuah..Slepas slesai smuanya...Kmi dibri kbnaran oleh guru2 utk sesi brgmbar..
& kmi semua pun blik dgn rsa gmbira dgn hsrat utk mnyimpang knangan yg mnis buat kmi form 5 thun nie ....:')
                                                                                                             Salam..bye2 ^_^





Saturday, 27 August 2011

Sudah hampir sebulan umat Islam mnunaikn rukun Islam yg ke 3 iaitu berpuasa dibulan Ramadan.
Byak dugaan & cbaran yg kita tmpuhi slama kita brpuasa.Bulan ramadan bulan yg pling brmakna,bulan baik..utk kita umat Islam mncari phala yg brlipat ganda,dgn cara membaca Al-Quran,smbhyg tarawih,brsedekah,berzikir & byak lgi. Kini tibalah kita akn mnyambut bulan Syawal iaitu Hari Raya Aidilfitri.^_^
rasa lar..sbb bulan yg mulia nie akn brakhir pda thun nie...:(
smoga dpat brjumpa pda thun hdpan plak ye.....
Di sini,sya Akmal ingin mngucapkn Selamat Mnyambut Hari Raya Aildilfitri...maaf zahir & batin
jom g kutip duit raya k..hehehe...^_^